Mahu Nikah Lagi….
Seorang suami menyatakan hasrat kepada isteri untuk beristeri lagi.
Suami : Ma, kalau Pa nak beristeri lagi Ma Izinkan tak?
Isteri : Oh, kalau itu yang membuatkan Pa bahagia, Ma relakan. Tapi ada syaratnya.
Suami : Apa syaratnya?
Isteri : Pertama, Pa harus berjanji selalu sayang dan cintakan Ma.
Suami : Pa janji
Isteri : Kedua, Pa mestilah bersikap adil kepada isteri-isteri Pa.
Suami : Pa sanggup Ma. Lagi syaratnya…
Isteri : Yang Ketiga…Langkah mayatku dulu!
Tak Pandai Masak
Sewaktu sedang hangat bercinta...
Odah: Bang Brahim, Odah tak pandai masak tau.
Brahim : Abang tak kisah…janji Odah sayang abang, abang sayang Odah cukup la….
Di awal perkahwinan…
Odah : Odah tak pandai masak lagi la bang…
Brahim : Tak apa…jom saying kita makan kat luar.
Restoran Pak Abu tu makanannya sedap-sedap tau.
Beberapa tahun kemudian…
Odah : Bang… Odah tetap tak boleh memasak la…
Brahim : Bakar je Dapur tu habis cerita!!!
Ikut mama
suatu hari sepasang suami isteri yang memiliki tiga orang anak bertengkar hebat.
Anak pertama berumur lima tahun, anak kedua tiga tahun dan anak ketiga masih menyusu. Pertengkaran mereka dahsyat sekali sehingga berlakunya pinggan dan mangkuk terbang.
Habis segala perkakasan rumah pecah berderai. Si isteri tidak tahan lagi lalu berkata,
“kita bercerai saja! Yam dah tak tahan dengan sikap abang!”
Si suami tidak mahu mengalah lalu menjawab dengan penuh emosi sambil menghempas gelas.
“ Baik! Kalau itu yang kau mahu kita bercerai.
Sekarang kita Tanya anak-anak nak ikut siapa”.
Si suami berpaling kepada anak-anak dan bertanya.” Ana, kamu pilih mama atau papa?
Ana menjawab lembut dan sopan “Ana ikut Mama”.
Si suami bertanya lagi, “Ani kamu pula nak ikut mama atau papa? “Ikut Mama!”
Si suami berpaling pada anak ketiga mereka yang belum pandai bercakap.
Si suami akhirnya memutuskan, “Kalau semuanya ikut mama, Papa ikut Mama jugaklah…!”
Isterinya terus pengsan.
Si Jongos Mencari Jodoh
Jongos melayari internet untuk mencari pasangan hidup memandangkan usianya yang sudah lewat 40-an. Jongos melayari sebuah laman web yang dapat membantunya mencari jodoh. Caranya amat mudah. Jongos hanya perlu memasukkan semua criteria pasangan yang diimpikan dan jawapannya akan tertera pada layar komputerdalam beberapa saat sahaja. Kriteria-Kriteria wanita idaman jongos ialah mungil, lucu, gemar bermain air dan sukakan kegiatan secara berkumpulan.beberapa saat kemudian jawapannya pun muncul dan bertulis begini…’ pasangan paling ideal untuk anda ialah …Penguin!’.
H20
Guru : Baiklah murid-murid, apakah unsure utama bagi pembentukan air?
Pelajar : H, I,J,K,L,M,N, dan O Cikgu!
Guru : Bukan itu yang saya ajar selama ini. Salah!
Pelajar : Betul la Cikgu. Bukan ke minggu lepas cikgu ajar H20 adalah unsur bagi air .Jadi kami sebutlah H sampai O Cikgu…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment